Pernahkah anda merasakan seperti anda jatuh dari bangunan, tingginya melebihi ketinggian langit di saat apa yang anda usahakan selama ini tidak membuahkan hasil?
Pernahkah anda merasakan bahawa hidup anda tiada lagi berguna dan anda seseolah kehilangan arah tuju di saat keringat yang tertitis tidak memberikan anda apa yang anda inginkan?
Pernahkah anda merasakan hidup ini kelam, tiada yang bercahaya, hati yang sebak, titisan air mata yang tidak lagi boleh dikawal mengalir bagaikan arus sungai lajunya di saat bangunan yang anda cuba naikkan selama ini roboh dan berkecai satu persatu?
Anda terkesima. Anda terduduk. Anda rebah. Anda menangis. Pedih dan sedih di hati hanya Tuhan yang tahu.
Tiada ungkapan yang mampu dikeluarkan dari bibir. Terbayang di minda setiap peluh yang menitis untuk mencapai apa yang anda inginkan. Terbayang di minda pengorbanan yang anda telah lakukan untuk menggapai kejayaan yang anda rencanakan.
Hati tertanya. Mengapa aku gagal? Apakah usaha aku selama ini masih tidak mencukupi? Sedangkan aku mengorbankan tidur malamku, meninggalkan hiburan kegemaranku, menjauhi perkara melalaikanku, melupakan masa seronokku dan pelbagai lagi.
Terasa dunia seseolah tidak adil. Sedangkan kawan dan yang lain, bergembira seronoknya menikmati kejayaan yang mereka capai. Senyuman melebat di hati mereka sedangkan hujan dan guruh melanda hatiku.
Sedangkan mereka, aku perhatikan, apa yang mereka lakukan tidak dapat menandingi usahaku. Umpama langit dengan bumi. Namun dengan mudah mereka menggapai bintang kejayaan di langit meninggi itu.
Gugurlah keyakinan dalam diri dan buah-buah putus asa mula menumbuh di jiwa. Hati mengeluh. Biarlah. Mungkin kejayaan bukan untuk aku.
Jangan. Jangan sesekali anda melafazkan ayat sedemikian.
Kejayaan adalah perkara yang bukan mudah untuk dicapai. Ia mempunyai peringkat-peringkat yang tersendiri, bergantung kepada setinggi mana seseorang itu ingin mencapainya.
Tidak dapat disangkal lagi, ia hanya dapat dicapai dengan tenaga yang dialirkan untuk mendapatkannya. Bukan semudah dengan hanya tarikan satu jari.
Namun, adilkah dan perlukah kita berputus asa di saat apa yang kita bina hancur sekelip mata?
Yakinilah setiap kegagalan yang kita lalui sebenarnya membawa kita ke puncak gunung kejayaan. Cuma mungkin ia memerlukan masa. Mungkin ia memerlukan tenaga yang lebih. Mungkin ia memerlukan tambahan resepi.
Anggaplah setiap kegagalan yang kita lalui hari ini umpama arang. Walaupun hitam dan keras, namun ia dapat memberi tenaga haba di saat ia dibakarkan dengan api semangat yang tiada henti agar dapat memberi anda momentum yang baru dalam melakarkan sejarah.
Cuba bermuhasabah dan cari punca daripada kegagalan tersebut.
Mungkin ada benda yang perlu diperbaiki. Dan mungkin kesalahan yang anda perlu belajar itu, haruslah diperbaiki sekarang kerana anda mungkin melakukan kesalahan tersebut di waktu muka, dan boleh mengakibatkan kegagalan yang lebih besar.
Sesungguhnya manusia tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan dan Allah itu Maha Mengetahui.
Mungkin juga kejayaan itu sengaja tidak diberikan kepada anda kerana mungkin Allah merancang kejayaan yang lebih besar kepada anda.
Sekiranya anda berhenti berusaha sekarang, mungkin anda terlepas untuk mendapatkan kejayaan yang lebih besar itu. Maka, jangan berputus asa , bersabar dan kuatkan semangat!
Mungkin itu juga ujian Tuhan untuk menguatkan hati anda. Ingatlah, apabila kita mula melangkah ke hadapan, dugaan yang bakal kita hadapi juga makin kuat, umpama hembusan ombak yang mengganas. Jika hati anda rapuh, maka hati anda akan hancur umpama pantai yang terhakis akibat pukulan ombak tersebut. Oleh itu, kuatkanlah hati anda.
Rancanglah kejayaan baru. Jangan biarkan emosi sedih akibat kegagalan yang melanda menguasai diri. Sekiranya anda melakukan sedemikian, ia umpama anda merancang kegagalan anda sendiri dan menunggu kegagalan yang seterusnya.
Sekiranya anda adalah seorang pelajar, teruskanlah menelaah buku dan muka surat yang seterusnya. Jangan jadikan kegagalan ini menjadikan anda jatuh. Jadikan ia sebagai pelincir untuk enjin helikopter anda supaya dapat menerbangkan anda ke tahap yang lebih tinggi.
Sekiranya anda putus cinta, usahlah bersedih lagi. Mungkin ada hikmahnya apabila anda gagal dalam bercinta. Ia bukannya petanda anda bakal membujang seumur hidup. Mungkin Allah ingin mengurniakan yang lebih baik. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Adil.
Sekiranya anda gagal dalam pergaulan dengan rakan-rakan, jangan biarkan kesedihan menyelubungi diri. Kaji mengapa anda gagal dan belajar cara-cara pergaulan yang baik. Jangan berputus asa. Atau anda mungkin berseorangan seumur hidup.
Usahlah menangis lagi. Kesatlah air mata yang mengalir. Dan teruskan berusaha!

0 komentar:
Posting Komentar